Enquire Now 2
About Us
Company Overview
History & Milestone
Board of Directors
Senior Management
Group Structure
Corporate Governance
Our Businesses
Information & Communication Technology
Telecommunications, Infrastructure & Services
Digital Payment Ecosystem
Others
LOKA Ecosystem
Sustainability
Economic
Environment
Society
Resources
Case Study
Useful Article
FAQ
Media Centre
Announcement
News
Investor Relation
AGM & EGM
Annual Report & Corporate Governance Report
Bursa Announcement
Circulars / Statement to Shareholders
Financial Information
Contact Us
About Us
Company Overview
History & Milestone
Board of Directors
Senior Management
Group Structure
Corporate Governance
Our Businesses
Information & Communication Technology
Telecommunications, Infrastructure & Services
Digital Payment Ecosystem
Others
LOKA Ecosystem
Sustainability
Economic
Environment
Society
Resources
Case Study
Useful Article
FAQ
Media Centre
Announcement
News
Investor Relation
AGM & EGM
Annual Report & Corporate Governance Report
Bursa Announcement
Circulars / Statement to Shareholders
Financial Information
Contact Us
2 Contact Us

Looking for something else?

2
Announcement

10 Apr, 2025

Malam Yang Penuh Dengan Inovasi Informasi Dan Interaksi

Web Header 1 1140x570 1
Announcement

09 Jul, 2025

PRO-NET Signs MoU with AMTEL Cellular to Manage Sustainable Disposal of EV Batteries

AMTEL KV 1
Back
10 Apr, 25
|
06:58 PM

Malam Yang Penuh Dengan Inovasi Informasi Dan Interaksi

Malam Yang Penuh Dengan Inovasi Informasi Dan Interaksi

Suasana di Greenford Glasshouse Secret Garden, Klang bertukar menjadi pentas penuh gemerlapan dengan berlangsungnya acara Product Launching Haites X LOKA yang diadakan pada 10 April lalu. Bermula sekitar jam 6.00 petang, kehadiran para jemputan disambut meriah termasuk barisan tetamu kehormat, rakan kongsi perniagaan, serta para penggiat utama dalam industri audio dan teknologi automotif.

Para tetamu disambut mesra di kaunter daftar masuk sebelum diberi peluang melihat sendiri demonstrasi produk Haites dan sistem ekosistem LOKA yang dipamerkan di stesen demo khas. Suasana interaktif ini memberi ruang kepada para tetamu untuk mengenali keunikan inovasi yang dibawa oleh gabungan dua jenama ini.

Acara diteruskan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis, diikuti dengan pengenalan barisan tetamu kehormat yang diwakili oleh wakil masing-masing. Antaranya seperti CelcomDigi, GX bank, Zurich, My Service dan My Opal. Diikuti rakan kongsi utama yang banyak memberikan sumbangan terhadap kejayaan projek ini.

Para hadirin berpeluang mendengar ucapan dari wakil Amtel dan juga AK Audio termasuk Dato’ Tee yang berkongsi kisah ringkas dan inspirasi di sebalik penubuhan AK Audio.


Seterusnya, para hadirin diperkenalkan tentang ekosistem LOKA dengan lebih terperinci oleh Young dan Wee, di mana mereka menerangkan bagaimana penyelesaian ini mengintegrasikan pelbagai sistem dalam satu platform pintar. Tayangan video produk Haites dan sesi soal jawab yang dikendalikan secara interaktif oleh Kenny turut menambahkan lagi elemen informatif dan menarik sepanjang acara berlangsung.

Kemuncak acara tiba dengan pelancaran rasmi produk dan upacara simbolik pemotongan reben oleh wakil dari Amtel dan AK Audio, yang diiringi dengan sesi bergambar antara dua pihak. Acara diteruskan dengan majlis penghargaan kepada 12 syarikat terpilih yang telah menunjukkan kerjasama cemerlang, disampaikan sendiri oleh Dato’ Tee di atas pentas.

Sebelum tirai malam dilabuhkan, para tetamu turut menikmati sesi makan malam sambil beramah mesra dalam suasana santai. Cabutan bertuah dan ucapan penutup oleh pengacara majlis menandakan berakhirnya satu malam yang bukan sahaja penuh dengan informasi dan pelancaran teknologi baharu, tetapi juga ikatan erat antara rakan industri. Pelancaran produk Haites X LOKA ini jelas membuktikan komitmen ke arah inovasi dan kerjasama strategik dalam industri automotif dan hiburan digital.

 

Source: Kar Hifi

Get In Touch with Us

Enquire Now

At Amtel, we are at the forefront of technological innovation, offering advanced solutions across Information & Communication Technology (ICT), Telecommunications, Infrastructure & Services (TIS), and Green Technology. With a strong commitment to sustainability and growth, we provide state-of-the-art products and services designed to meet the evolving needs of a connected world.

About Us Our Business Loka Ecosystem Sustainability
Resources Media Centre Investor Relation Contact Us

Copyright © 2025 Amtel Holdings Berhad. All rights reserved.

PDPA